Kelstone Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 14 Februari 1996 sebagai sebuah syarikat untuk membangunkan industri berasaskan sumber mineral di negeri Kelantan. Kelstone Sdn Bhd adalah merupakan syarikat anak milikan penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Pada awal penubuhan syarikat, Kelstone Sdn Bhd dikenali dengan nama Majorank Sdn Bhd dan telah ditukar nama kepada Kelstone Sdn Bhd pada 21 Julai 1996 dan kekal sehingga sekarang.

 

VISI

Untuk menjadi peneraju di bidang industri berasaskan mineral di negeri Kelantan.

 

MISI

Misi Kelstone Sdn Bhd adalah didasarkan kepada suatu titik persamaan yang mengandungi asset, kedudukan dan kelebihan. Misi tersebut merangkumi 3 bahagian yang saling berkaitan iaitu:

  1. Misi Produk – untuk “membuat, mengedar dan menjual”
  2. Misi Ekonomik – mengendalikan syarikat atas dasar kewangan yang kukuh di mana ianya akan menjana pertumbuhan yang menguntungkan, nilai yang berganda kepada pemegang saham, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemajuan kerjaya serta ganjaran kewangan.
  3. Misi Sosial – mengendalikan syarikat dengan cara yang menonjolkan peranan yang dimainkan oleh bidang perniagaan dalam struktur masyarakat dengan mencetuskan kaedah-kaedah inovatif untuk memperbaiki kualiti dan taraf kehidupan mayarakat samada masyarakat tempatan ataupun bukan tempatan.

 

OBJEKTIF

I. Membangunkan pelbagai portfolio aset kepada perniagaan yang lebih menguntungkan menjelang 2015 dengan keutamaan kepada perlombongan emas dan lain-lain deposit mineral berharga, pengkuarian dan pemprosesan batuan dimensi marmar, besi dan manganese.

II. Memperolehi pendapatan yang lebih memberansangkan bagi tahun kewangan 2015.

 

KAKITANGAN SYARIKAT

Pengarah Eksekutif : Tn Hj Mohd Shah Bin Ab Kadir

Pengurus Kewangan & Pentadbiran : En Ahmad Iskandar Bin Mansor

Pengurus Projek : En Ahmad Fairos Bin Razi

Penyelia Projek : En Mohd Farid Fikri Bin Md Sarifuddin

Penyelia Lombong I : En Mohd Adha Bin Ibrahim

Penyelia Lombong II (Kontrak) : En Mohd Khairul Azmi Bin Muhamad

Pembantu Tadbir : En Nik Muhammad Faris Hamawi Bin Nik Badrol Alam

Pembantu Am Kanan : En Muhamad Izani Bin Omar

 

CARTA ORGANISASI SYARIKAT

carta organisasi kelstone